Terpanggil ak untuk mencoret beberapa peristiwa yang berlaku hari ini..Rabu bersamaan 6. April. 2011..demam yang melanda diriku sejak beberapa lama sudah mulai menunjukkan tanda-tanda ingin menyerah kalah..ak mulai rasa kebah dengan demam yang melanda..cuma kadang-kadang ia menyerang terlalu drastik..esok mungkin ak akan pulang untuk mengambil sampel darah untuk dianalisis..tunggu jela nanti keputusannya..sama ada negatif atau positif..
Sedang ak asyik melayari laman sesawang ini,tiba-tiba ak disapa oleh kawan sekampung ku diruangan chit chat..die mengkhabarkan satu berita yang ak betul-betul bagai halilintar yang membelah bumi..tersentak seketika ak pada masa tu..
Perkhabaran tentang pemergian salah seorang sahabat yang lebih muda dari usia ku betul-betul menyentak pemikiran ak,dalam usia yang sangat muda die telah meninggalkan dunia yang belum sepenuhnya diterokai..ya..baru ak sedar..usia bukan la kayu pengukur yang bisa menentukan kematian seseorang,jika itu perjanjian antara roh dan tuhan..maka ia akan dituntut tanpa melengahkan sesaat ataupun mencepatkan sesaat..apa yang diajanji..itu yang akan terlaksana..sebab itu la ada pepatah yang mengatakan jika binatang kita berpegang kepada talinya..tapi dengan manusia kita berpegang kepada janjinya..begitulah lumrah dunia..
Dari apa yang dikhabarkan kepada ak yang berada diperantauan,kematiannya bukanlah disebabkan penyakit,tapi disebabkan kecuaian dan kelalaian kita sebagai manusia..kadang-kadang kita tertanya-tanya bagaimana berakhirnya sesebuah kehidupan dengan cara kematian yang kita sendiri tak terduga..dari cerita-cerita orang kampung..kematiannya adalah disebabkan lemas ketika mandi-manda dijeram dekat kg.pantai..berdasarkan cerita sebenar arwah tergelincir akibat licin batu -batu yang berada dijeram..mereka pergi berpasangan..arwah bersama kekasihnya juga sahabatnya bersama pasangan mereka..hari yang arwah pergi sepatutnya hari dia bekerja..tetapi berlaku sedikit kekeliruan apabila apa yang disampaikan kepada keluargnya lain,kepada majikannya lain..majikannya juga adalah penduduk kampung kami juga..
Berita kematian arwah disampaikan oleh pekerja yang kebetulan orang kampung kami juga terus kepada ibu arwah..maka berlaku kekeliruan apabila arwah memberitahu kepada ibunya yang dia pergi bekerja pada hari tersebut padahal arwah cuti pada hari itu..ternyata ada sedikit 'miscommunication' kt cni..
Yang menjadi tragis kepada kemuncak cerita ini adalah,arwah dan pasangannya juga lemas ketika cuba menyelamatkan arwah,lumrah hidup berpasangan..takkan ada pasangan yang sanggup melihat orang yang disayangi disakiti ataupun diapa-apakan..tapi mungkin itu yang tersurat pada hari itu..perjanjian hidup dan matinya dua jasad yang telah berjanji dengan penciptanya sampai disini saja percaturan hidup mereka..maka berakhirlah perjalanan hidup mereka didunia yang fana ini..cuma cara kematian saja yang kita tak boleh duga..
Akhirnya jasad yang tidak bernyawa itu dibawa pulang kepangkuan keluarga..hancur luluh hati ibu yang mengandungkan selama 9 bulan,yang membesarkan selama 18 tahun melihat jasad yang tidak bernyawa didepan mata..hanya tangisan menjadi peneman yang setia kerana tidak berhenti-henti megalir..yaAllah..tidak ku sangka begini berakhirnya hidup anakku..tapi ak redha..redha dengan sagala ketentuan yang kau caturkan untuk hidupku..jika ini perjanjiannya denganMu ketika dia masih didalam perutku ini..maka selayaknya kau tuntut darinya..cuma kehilangannya yang membuatkan perjalanan hidup ak terasa kosong kerana dia anak sulungku..ak redha tuhan..ak redha..
Sebelum zuhur keesokannya jenazah arwah selamat dikebumikan dengan lancar dan sempurna..terdengar tangisan kecil yang mengiringi pemergian arwah..semoga arwah aman dialam barzakh sana..doakan kesejahteraannya dan tidak lupa juga arwah kekasihnya yang juga pergi menyambut panggilan tuhannya..
Al-fatihan untuk arwah Khairunnisa bt Khairul Kamal...
p/s : harini juga lahirnya ahli keluarga baru kucing dirumah,4 ekor..beginilah lumrah hidup yang silih berganti..
sedikit tersentuh mmbace nyew..pape pon AL-FATIHAH buat aruwah NISA....
ReplyDeletemekasih fatin..
ReplyDeletecite serba ckit je..
al fatihah jgk buat arwah keduanya..
keluarga kau nened? aku ade bc ni kes die kat newspaper
ReplyDeleteaah..
ReplyDeletead kua kt newspaper..
kt tv pon ad..
cian doe..
mcm2 gak yg jd mse 2..