Followers

Saturday, January 29, 2011

*terima kasih tuhan*

hurm..penatnye berjalan harini..habis jer tunaikan tanggungjawab sebagai pelajar..perut yang sememangnye kosong dari pagi minta diisi dengan segera..hai la perut sememangnya kau sangat memahami rutin harian pemakanan tuan mu ini dengan penuh kesabaran..kalau ikutkan perut orang lain,dalam 3 jam selepas bangun pagi tak diisi dengan sebarang makanan..da buat mogokan da..tak pela masing-masing ada cara untuk mengatasinye..hehehe..kebosanan selepas kelas selalu ak isikan dengan berjalan ke tempat yang meninggalkan ketenangan untuk ak sebagai bekalan bila sampai rumah nanti..berjalan la ak ke sebuah gedung membeli belah yang sangat terkenal kat kuala lumpur kota metropolitan ini..da menjadi kebiasaan setiap kali pergi ke sana melihat karekter-karekter manusia yang pelbagai..dari satu kedai ke satu kedai kaki ini melangkah..cuci-cuci mata dengan barangan-barangan yang kadang-kadang menggugat iman untuk dimiliki..hai nafsu..sabarlah ek..jangan ikutkan sangat..kelak merana diri..dalam menghiasi perjalanan hari ini,malam kian membuatkan manusia bergegas-gegas untuk menyempurnakan tugasan agar dapat pulang ke rumah bagi merehatkan diri..termasuk jugaklah ak yang penat berjalan seharian,betul-betul berjalan untuk menambah penat yang sebahagiannye dari pembelajaran dalam kelas tadi..bila penat..perut pon lapar..isi dulu di sebuah restoran makanan segera..sambil menghayati makanan,gelagat manusia-manusia yang mengejar masa silih berganti di ruangan mata..lantas ak pon cepat-cepat menghabiskan makanan yang ada bagi merasai sendiri bagaimana rasanya mengejar masa..dalam kesibukan itu..tiba-tiba ak terlihat seorang wanita yang agak berusia keluar dari perut LRT,dalam keadaannya yang tidak boleh melihat seperti manusia biasa...manusia-manusia yang ada diselilingnya langsung tidak menghiraukan keadaan wanita buta ini malah ada yang melanggar kerana ingin cepat sampai ke destinasi..ak melihat dari jauh..siapakah yang akan ringan tangan ingin membantu wanita ini,lantas ada seorang wanita yang lebih kurang sebaya memimpin wanita buta tadi untuk menaiki eskulator..ak fikir mungkin kawannya..tapi sangkaan ak meleset sama sekali..wanita buta itu memimpin dirinya sendiri selepas turun dari eskulator..tak sanngup ak melihat wanita itu berjalan tanpa bantuan,hampir-hampir saja wanita itu melanggar tiang yang sangat besar dihadapannya..lantas ak terpanggil untuk membantu..cepat-cepat ak berjalan untuk menyelamatkan wanita itu dari terlanggar tiang..sambil ak memegang tangan wanita itu,terasa seperti ada satu aliran yang membuatkan ak betul-betul terasa sedih..tapi ak gagahi jugak,sambil memimpin tangan wanita itu,ak sempat berbual dengannya..
ak : salam cik,nak kemana ni?
wanita : nak balik rumah dik,baru abis keja..
ak : makcik duduk mana?
wanita : brickfield..
ak : brickfield?..jadi cane lah nak ke sana?
wanita : biasa sy turun kat tempat bas air asia kat bawah k.l sentral ni..
ak : owh..yela..meh saya tolong hantarkan..
wanita : eh,takpelah,sy da biasa balik sendiri..
ak : takpe,sy hantar mkck smpi kt bawah,tadi mkck hampir-hampir nak langgar tiang..risau plak sy..
wanita : terima kasih ye dik..
ak : sama-sama cik,sy tolong apa yang saya mampu je ni..
wanita : ini pun da syukur dik,selalu mkck sorang-sorang je..
ak : takde yang tolong?
wanita : (menarik nafas dalam-dalam)...
ak : lambat mkck blk.. (tukar topik,mungkin mkck ni tak selesa dengan soalan ak tadi)
wanita : aah,lambat ckit arini..
ak : hari-hari jalan kaki dari sini ke brickfield ke?
wanita : aah dik,hari-hari jalan kaki..
(sejujurnya ak tak tahu kat mana brickfield tu,sebab tak penah pegi,jadi ak tk boleh bayangkan betapa jauhnya tempat tu dengan k.l sentral..)
wanita : eh,dik..da smpi bawah da ni,sy boleh balik sorang-sorang..adik balikla..nanti lambat pulak..
ak : (terasa berat nak lepaskan sebab takut jadi apa-apa).
wanita : adik duduk mana?
ak : sunway..
wanita : adik balikla,nanti terlepas pulak komuter..
ak : janji mkck boleh balik sorang-sorang ni?
wanita : (sambil tergelak kecil)..sy da bertahun begini dik,takde apa yang nk dirisaukan..adik balik ye..terima kasih bawa sy sampi sini..jalan balik nanti hati-hati..
ak : insyaAllah cik..assalammualaikum
wanita : waalaikumsalam..
(sambil melepaskan tangan wanita itu,secara tiba-tiba menitis air mata ak,sedihnye yaAllah..macam mana wanita yang tidak sempurna zahirnya boleh begitu kuat menghadapi hari-hari yang penuh kegelapan sedangkan kita yang celik ini kadang-kadang lagi buta untuk menilai erti kemanusiaan.)

berjalan ak sambil menitis air mata,tanpa menghiraukan pandangan orang terhadap ak,seketika ak tersenyum sendirian..sedihkah ak,gembirakah ak..bermacam-macam perasaan yang bermain di mindaku..terfikir ak apakah hikmah yang Allah berikan pada ak sehingga dipertemukan ak dengan manusia yang sangat kuat dan cekal hatinya dalam meneruskan hari-hari yang mendatang..mungkin disini Allah ingin ak berfikir,bagaimana ada umatnya yang diciptakan tidak sesempurna zahirnya boleh tenang dan redha dalam menjalani hidup di atas muka bumi ini,sedangkan ak..insan yang sempurna pada zahirnya mudah merasa putus asa,cepat mengalah dan tidak redha dengan ketentuannya...
YaAllah,terima kasih kerana memberi ak hadiah yang paling bermakna dalam hidup..sesungguhnya air mata ini adalah anugerah yang sangat bernilai untuk ak..semoga ak tabah mengharungi liku-liku perjalanan hidup..ak yakin dengan hikmah pertemuan ini walaupun singkat,tapi ia memberi pengajaran yang sangat berguna sepanjang hidupku..ak bersyukur atas kurniaanmu..kau permudahkanlah perjalanan hamba-hambamu yang juga berkongsi cerita ini denganku..alhamdulillah..amin yarabbal alamin..



Tuesday, January 25, 2011

~masing-masing punya kelebihan~

Tak paham bile ade orang yang sentiasa dengki dengan kejayaan orang lain..ape la salahnye orang tu berjaya atas kerja keras dan usaha masing2?yang kita ni yang tak wat pape nape tak amk peluang cam orang lain tu untuk berjaya?dari hari-hari dok mengata,mengutuk dapat ape?dosa yang berbakul-bakul tu belum tentu dapat bayar,da tambah berbakul-bakul lagi..wat rugi masa dan tambah masalah..dari kite pening dok fikir apa yang wat die berjaya.baik kita fikir ke mana hala tuju kita selagi kita masih aktif mengata orang sambil tak wat pape..kadang-kadan makin lama kita fikir dan perhati perangai manusia ni makin sakit otak kita proses,sebab manusia ni bermacam-macam peel..sampai tak tercapai akal kita ni nak terfikir akannye..
Sepatutnye kita sebagai kawan mestilah menyokong serta menghargai kejayaan kawan-kawan..nak rase cemburu tu memang patut ade la sebab secara tak langsung ia boleh menjadi pembakar semangat nak berjaya cam die atau lebih,bergantung dengan pencapaian dan usaha kita..tapi janganlah cemburu yang melampau sampai  melahirkan perasaan hasad dengki ni..da la magata orang tu,wat fitnah lagi dengan cerita-cerita yang kita sendiri tak tahu betul ke tak..cakap main sedap mulut la orang kate..janji tenang sikit hati bile ade orang percaya cakap kita yang pastinye tak betul..
kalau pun apa yang kita sampaikan tu betul,janganlah sampai sebarkan aib orang,bukan tugas kita sebagai kawan untuk menutup keaiban kawan kita sendiri..nak ke kita bile mati nanti makan daging saudara kita sendiri disebabkan dusta yang kita sebarkan?mesti sume tak nak..tapi..lumrah hidup kot,kadang2 manusia tu taw apa hukuman yang akan dia dapat bila matinyamanusia tu,tapi kenikmatan bile wat cerita tipu tu tambah lagi bile ade orang yang 'excited' nak taw..ade orang plak tukang tambah,peh!...sedap sampai lupe malaikat Rakib dan Atit yang menulis kebaikan dan keburukan yang kita lakukan hari ni..hai..betapa ruginye la hari itu yang sepatutnye kita tambah pahala tapi kita sia-siakan wat tambah dosa..nak ulang dan nak perbaiki harini untuk hari esk memang tak dapat la..apa yang berlaku hari ini adalah kejadian,yang berlaku semalam adalah kenangan,dan yang berlaku masa depan adalah kenyataan dan kesan pada hari-hari yang kita corakkan selama hari ni..
Selalu kita dengar orang cakap,'kalo boleh ulang mase dulu la,mesti aku x buat bende ni'..penah dengar kan?tapi apa la yang kita boleh buat?masa berlalau tanpa menunggu kita..kita sepatutnya mengejar masa..setiap saat tu sangat berharga..janganlah kita sia-sia kan sebab yang rugi bukan masa..tapi kita..
Sama lah dengan kelebihan dan kekurangan kita,jangan jadikan tu sume kayu pengukur untuk terus bermuram durja. Kalau kita tak boleh berjaya sama seperti orang lain,fikirkan lain dari orang lain,mana tahu kejayaan yang dia kecapi hari ni tak sama dengan kejayaan yang kita kecapi masa depan,tapi yang penting jangan omongan kosong saja,usaha mesri mengiringi usaha kearah kejayaan itu..mana mungkin pokok yang disiram setiap hari dibajai dengan baja yang berkualiti takkan mengeluarkan hasil yang baik kan?



Thursday, January 6, 2011

~jika hari ini~

hurm,diam tak diam da nak abis musim cuti..tak sabar2 rasenye nak mulakan semester baru ni..rase cam ade sesuatu yang menanti semester last ni..nak abis cepat2..tak larat nak tunggu lame2..umur makin meningkat..diam tak diam umur ak da same dengan tarikh besday ak..haish..tibe2 terase seram bile tengok angka ni..bukan ape,dugaan yang datang tu makin hebat..makin menguji ak sebagai insan yang baru meniti alam dewasa walaupun pada zahirnya nampak tenang,tapi gelojak jiwa yang meruntun2 mahu diberi pertolongan dan perlindungan..
hai tuhan..hanya kau saja yang tahu isi hati ini..jika apa yang ak hajati pada tahun ni termakbul..alangkah bahagianya hidup ini..tapi ak jugak harus berhati2 dengan setiap perjalanan liku2 hidup..tak mahu pisang berbuah berkali2..ap yang baek dan buruk mahu ak jadikan sebagai landasan agar ak lebih berhati2..sesungguhnya pengalaman itu adalah guru yang terbaik dalam kehidupan..
dikesempatan ini tak lupa juga ingin ak ucapkan selamat melangsungkan pernikahan dan pertunangan kepada semua rakan2 yang sedang melalui permulaan alam rumah tangga..nak tunggu giliran ak..Allah je yang tahu..
buat mase ni bagi perhatian perkara2 yang wajib ak tunaikan..perjalanan baru saja bermula..rintangan yang menanti..hanya Allah je yang tahu..same2 la kita mendoakan yang terbaek sepanjang tahun ini..
bukan ap,permulaan yang baek sangat penting bagi meneruskan perjalanan yang akan datang..jika bermulanya sesuatu itu dengan tidak sempurna..maka tidak sempurna lah pengakhirannya..banyak contoh yang terbentang luas untuk kita hayati serta kita pelajari agar tidak mengulanginya..jika tahun lepas banyak yang tebengkalai,maka tahun ini harus dilaksanakan agar menjadi realiti,tak kira lah dari sekecil2 masalah sehingga sebesar2 masalah..semua ad penyelesaian..setiap permulaan pasti ad penghujungnya..
begitulah hidup..selagi bernafas,selagi itu la kita bertanggungjawab dengan diri sendiri ,masyarakat dan agama..persiapkan diri dari segala aspek..jangan mudah alpa dan leka..
anjakan paradigma itu sangat penting..dan paling penting penghijrahan dalam diri..jika kita ingin kan sesuatu yang lebih sempurna dan bermanfaat dalam hidup..kita harus berani berubah..ya,berubah kearah kebaikan..kita umat akhir zaman..tiada lagi umat manusia selepas kita..jadi persiapkan lah diri dengan amal ibadat..jan leka dengan dunia yang sementara,ingatlah segala ap yang kita miliki ini hanyalah bersifat sementara..yang kekalnya diakhirat sana..
ak berkawan  dengan ramai kenalan..dari sebaek2 umat umat sehingga sejahat2 umat..ade yang nakal,ade yang baek ade jugak yang separuh2..huhuhu..kalo nk ikutkan hidup ni hipokrit jugak kadang2..kita kena pandai myesuaikan diri dengan suasana..bak kata pepatah melayu..masuk kandang kambing mengembek..masuk kandang harimau mengaum..
terasa cepat betul mase berlalu..kadang2 terfikir,boleh tak undur masa lalu agar boleh diatur segala perjalanan hidup tak seperti hari ini..sebab hasilnya kita ada hari in adalah sebab masa lalu kita..kita yang merancang masa depan kita pada hari ini..
hai la hari..semakin ak meniti arus kehidupan ini,semakin meningkat umur dan semakin banyak tanggungjawab serta bebanan hidup..mampukah ak jalani dan hadapi..
wahai hati dan akal..ak hanya jasad yang dipinjamkan dan roh ak memerlukan agen penggerak kehidupan..tuhan telah meyediakan landasan..terpulang kepada ak untuk memilih jalan yang mana ak sanggup jalani..
sekali tersilap langkah..tiada jalan kembali..tapi yang ada hanya jalan menginsafi serta jalan taubat agar tidak mengulanginya..berwaspadalah..sama2 kita saling mengingati..
wallahualam..

p/s : yg baek dtg dr Allah..yg buruk dtg dr diri sy sendiri..