Baru2 ni terlihat iklan kt tv,seruan haji..selalunye kalo iklan ni kua,mesti cepat2 nk tukar,tak taw la nape..tapi tah macam mana aritu tergerak hati tok tgk ap yg ad dlm iklan 2..mengerjakan haji adalah rukun islam yg kelima..wajib bagi semua umat islam yg tak kire bangse,warna kulit dan keturunan untuk mengerjakan bagi yg mampu..kat sane..xde lagi perbezaan darjat,standart,bp byk dwet yg kau ad,bpe byk jawatan yg kau pegang dan bpe byk kete mewah yg kau ad..tp bila kau disana apa bekalan yg kau bwk untuk mengadap yg Maha Kuasa?bpe byk iman dan amal yg kau telah kerjakan..ya..itulah yg bermain2 dibenak fikiran..bg mereka yg masih dlm usia muda,bahkan ad yg umurnya sudah melebihi umur kemerdekaan negara kita juga masih merasakan terlalu awal untuk mengerjakan haji..bagi mereka itu adlah penamat bg setiap amal..bila da kerjakn haji,maksudnya berakhirla zaman ingin berpoya2,lepak melepak,g club2 dan kne berubah totally..pemikiran ini yg selalu membuatkn kite takut nk pegi awl2,da nk mati nnt la bwu pg..stndrtla..pnh tgk org2 muda pg haji,xde kn..mknenye org2 tua yg dah nak mati bwu la pg..nk insafkn diri..nnt nk mati senang..aduhai..knp mseti ada lg golongan yg berfikiran sebegini..prlu ad anjakan paradigma terhadap mentaliti masyarakat kite yg dah terlalu jauh hanyut untk kembali ke pangkal jalan..bukan itu maksd apabila kite mengerjakan rukun islam yg kelima ini..bukan itu..islam itu satu agama yg sangt indah dan tak pernah menyusahkan umatnya..telah disabdakan oleh baginda dalam khutbahnya bagi pesanan kepada umat manusia ~'Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah ALLAH, dirikanlah solat 5 kali sehari, berpuasalah pada bulan ramadhan, tunaikan zakat daripada kejayaan kamu, dan kerjakanlah ibadat haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tiada seorang pun yang lebih mulia daripada yang lain kecuali dengan sebab taqwa dan beramal soleh.~
lihatlah betapa agungnya martabat agama islam ini,apabila kita mengerjakan haji,bermakna lengkap rukun islam yg jumlahnya lima..kerjakan la apabila kita masih muda,masih mempunyai tenaga yg cukup kuat untuk berada ditanah suci itu..terfikirkah kita bagaimana org2 yg sangat2 tue itu sanggup meredah panas yg tak tertahan oleh kulit yg lembut ini,yg hari2nya disapu dan dibelai dengai pelembap kerana panas yg suam2 kuku itu..tp terbayangkah kamu kepanasan yg menanti ketika mengerjakan haji ditanah suci mekah itu..tidakkan..tinta in bukan ingin menakutkan mereka tentang betapa seriknya disana,tapi ingin berkongsi bagaimana org yg kita anggap da nak mati itu sanggup meredah panas demi menyempurnakan rukun islam yg kelima ini,terasa rugi apabila tidak menjejakkan kaki ditempat paling suci,paling afdal dan paling makbul apabila kita berdoa..panas mentari yg menyinari segenap ruang mekah itu adalah suku dari panasnya azab Allah di api neraka nanti..bersediakah kita..kita bukan hamba yang maksum..sedangkan nabi yg secara sahnya akan dimasukkan ke syurga pon masih membuat amal untuk mendapatkan pahala..ni kan kita manusia biasa yg setiap saatnya melakukan dosa..fikirlah sendiri..
bkn niat ingin membetulkan siapa yg salah..tp sekadar ingin berkongsi pengetahuan bg yg baru tahu,alangkah nikmatnya kita berkongsi ilmu,dan setiap kali ilmu ini digunakan selagi itulah tidak putus pahala yg mengiringi ilmu yg dikongsi ini,biasanya kebenaran itu pahit,tapi yg pahit itulah sebenarnya penawar..penawar hati yg seringkali melupakan perkara yg wajib dilakukan..acapkali perkara yg baik itu disalahgunakn..contohnya menderma dirumah2 anak2 yatim,tp mesti masuk berita,masuk surat khabar..bia masyarakat taw yg betapa byknya dwet yg kita ad,betapa tingginya darjat kita sehingga menderma ke rumah2 ank2 yatim ini,bak kata pepatah..biar kita nmpk hina disisi manusia tapi mulia disisi ALLAh..mn yg sepatutnya berlumba2 kita cari?
ya..tinta paham cara pemikiran manusia zaman ini,mahu nmpk dihormati oleh masyarakat..kerana kelebihan ini yg membawa kepada kuasa penaklukan masyrakat..sedangkn pahala yg kita cari2 tak nampak akan hasilnya..kdg2 smpi xpeduli..biarlah apa yg aku lakukan antara ak dan tuhan..tapi tahukah kesan dprd ap kita tuturkan itu selalu dikongsi bersama keluarga..contohnya apabila kita mengambil rasuah,pada kata yg lebih molek lagi bkn ambil rasuah tapi lbh kepada hadiah setelah kita berjaya mendapatkan tender atau pinjaman seseorang pada contohnya.. senang sungguh lidah menuturkn kata2 tanpa memikirkan kesan pada masa akan datang,tahukah kita setiap patah perkataan yg diucapkan itu adalah doa..sepatutnya kita mendoakan kesejahteraan sesama manusia..itu yg lebih berkat..jika darah daging sendiri disuap dgn hasil yg tidak halal,mana mungkin menghasilkan benih yang baik..
berbalik pada musim haji ini,pergilah jika kewangan telah cukup,kalo nk tunggu bersedia..sampai mati pon belum pernah nak bersedia..pergila..rasai ketenangan yg kekal disana..jika tinta diberi peluang..ingin sekali mengerjakan haji bersama keluarga..selagi ada ayah dan ibu,pergilah bersama mereka..sambil dapat mengucup tangan memohon ampun dirumah ALLAH..indahnya saat itu..ya,itulah saat2 yg akan tinta perjuangankan selagi hayat dikandung badan..sama2 kita berniat,apalagi tugas seorang anak terhadap ibu bapanya ,melainkan menggembirakan ibu bapa semasa hayatnya..tiada ibu bapa yg takkan gembira pabila anak yg dikandung sembilan bulan sepuluh hari membawanya pergi kerumah ALLAH..kalo xpercaya..selepas baca tinta ini,tanyala..mesti itu perkara yg sangat ingin mereka lakukan sebelum ajal menjemput mereka utk meninggalkan dunia yg fana ini..tabarokallah hu min kum..
p/s : perjuangan masih belum sempurna..
No comments:
Post a Comment