Followers

Monday, November 15, 2010

Wanita : Akalnya Senipis Rambut

Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita..
Tanpa mereka fikiran dan perasaan lelaki akan resah..
Masih mencari walau ada segalanya?
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun Adam tetap rindukan Hawa..
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok..
Untuk diluruskan oleh lelaki..
Tapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus..
Mana mungkin kayu yang bengkok akan menghasilkan bayang yang lurus..
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah..
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah..
Didiklah mereka dengan panduan darinya..
Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta..
Kerana nantinya mereka semakin liar..
Jangan hiburkan mereka dengan kecantikkan..
Kerana nantinya mereka semakin derita..
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal..
Disitulah punca kekuatan dunia..
Akal senipis rambutnya,tebalkanlah ia dengan ilmu..
Hati serapuh kaca,kuatkanlah ia dengan iman..
Perasaan selembut sutera,hiasilah ia dengan akhlak..
Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya..
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rabb..
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah,sebaliknya disitulah kasih dan sayang Allah..
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya pasti tidak akan terhibur dan takkan menghiburkan..
Bila wanita jadi derhaka,pasti dunia lelaki akan jadi huru-hara..
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata..
Tapi binalah kepimpinan..
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi,pimpinlah diri kepada-Nya..
Jinakkan diri kepada Allah..
Nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinanmu..
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'..
Seandainya dirimu tidak sehebat Saiyyidina Ali Karamallahuwajhah..

"Wanita Hiasan Dunia, Seindah Hiasan Adalah Wanita Solehah"

No comments:

Post a Comment