hurm,diam tak diam da nak abis musim cuti..tak sabar2 rasenye nak mulakan semester baru ni..rase cam ade sesuatu yang menanti semester last ni..nak abis cepat2..tak larat nak tunggu lame2..umur makin meningkat..diam tak diam umur ak da same dengan tarikh besday ak..haish..tibe2 terase seram bile tengok angka ni..bukan ape,dugaan yang datang tu makin hebat..makin menguji ak sebagai insan yang baru meniti alam dewasa walaupun pada zahirnya nampak tenang,tapi gelojak jiwa yang meruntun2 mahu diberi pertolongan dan perlindungan..
hai tuhan..hanya kau saja yang tahu isi hati ini..jika apa yang ak hajati pada tahun ni termakbul..alangkah bahagianya hidup ini..tapi ak jugak harus berhati2 dengan setiap perjalanan liku2 hidup..tak mahu pisang berbuah berkali2..ap yang baek dan buruk mahu ak jadikan sebagai landasan agar ak lebih berhati2..sesungguhnya pengalaman itu adalah guru yang terbaik dalam kehidupan..
dikesempatan ini tak lupa juga ingin ak ucapkan selamat melangsungkan pernikahan dan pertunangan kepada semua rakan2 yang sedang melalui permulaan alam rumah tangga..nak tunggu giliran ak..Allah je yang tahu..
buat mase ni bagi perhatian perkara2 yang wajib ak tunaikan..perjalanan baru saja bermula..rintangan yang menanti..hanya Allah je yang tahu..same2 la kita mendoakan yang terbaek sepanjang tahun ini..
bukan ap,permulaan yang baek sangat penting bagi meneruskan perjalanan yang akan datang..jika bermulanya sesuatu itu dengan tidak sempurna..maka tidak sempurna lah pengakhirannya..banyak contoh yang terbentang luas untuk kita hayati serta kita pelajari agar tidak mengulanginya..jika tahun lepas banyak yang tebengkalai,maka tahun ini harus dilaksanakan agar menjadi realiti,tak kira lah dari sekecil2 masalah sehingga sebesar2 masalah..semua ad penyelesaian..setiap permulaan pasti ad penghujungnya..
begitulah hidup..selagi bernafas,selagi itu la kita bertanggungjawab dengan diri sendiri ,masyarakat dan agama..persiapkan diri dari segala aspek..jangan mudah alpa dan leka..
anjakan paradigma itu sangat penting..dan paling penting penghijrahan dalam diri..jika kita ingin kan sesuatu yang lebih sempurna dan bermanfaat dalam hidup..kita harus berani berubah..ya,berubah kearah kebaikan..kita umat akhir zaman..tiada lagi umat manusia selepas kita..jadi persiapkan lah diri dengan amal ibadat..jan leka dengan dunia yang sementara,ingatlah segala ap yang kita miliki ini hanyalah bersifat sementara..yang kekalnya diakhirat sana..
ak berkawan dengan ramai kenalan..dari sebaek2 umat umat sehingga sejahat2 umat..ade yang nakal,ade yang baek ade jugak yang separuh2..huhuhu..kalo nk ikutkan hidup ni hipokrit jugak kadang2..kita kena pandai myesuaikan diri dengan suasana..bak kata pepatah melayu..masuk kandang kambing mengembek..masuk kandang harimau mengaum..
terasa cepat betul mase berlalu..kadang2 terfikir,boleh tak undur masa lalu agar boleh diatur segala perjalanan hidup tak seperti hari ini..sebab hasilnya kita ada hari in adalah sebab masa lalu kita..kita yang merancang masa depan kita pada hari ini..
hai la hari..semakin ak meniti arus kehidupan ini,semakin meningkat umur dan semakin banyak tanggungjawab serta bebanan hidup..mampukah ak jalani dan hadapi..
wahai hati dan akal..ak hanya jasad yang dipinjamkan dan roh ak memerlukan agen penggerak kehidupan..tuhan telah meyediakan landasan..terpulang kepada ak untuk memilih jalan yang mana ak sanggup jalani..
sekali tersilap langkah..tiada jalan kembali..tapi yang ada hanya jalan menginsafi serta jalan taubat agar tidak mengulanginya..berwaspadalah..sama2 kita saling mengingati..
wallahualam..
p/s : yg baek dtg dr Allah..yg buruk dtg dr diri sy sendiri..
No comments:
Post a Comment