Followers

Saturday, January 29, 2011

*terima kasih tuhan*

hurm..penatnye berjalan harini..habis jer tunaikan tanggungjawab sebagai pelajar..perut yang sememangnye kosong dari pagi minta diisi dengan segera..hai la perut sememangnya kau sangat memahami rutin harian pemakanan tuan mu ini dengan penuh kesabaran..kalau ikutkan perut orang lain,dalam 3 jam selepas bangun pagi tak diisi dengan sebarang makanan..da buat mogokan da..tak pela masing-masing ada cara untuk mengatasinye..hehehe..kebosanan selepas kelas selalu ak isikan dengan berjalan ke tempat yang meninggalkan ketenangan untuk ak sebagai bekalan bila sampai rumah nanti..berjalan la ak ke sebuah gedung membeli belah yang sangat terkenal kat kuala lumpur kota metropolitan ini..da menjadi kebiasaan setiap kali pergi ke sana melihat karekter-karekter manusia yang pelbagai..dari satu kedai ke satu kedai kaki ini melangkah..cuci-cuci mata dengan barangan-barangan yang kadang-kadang menggugat iman untuk dimiliki..hai nafsu..sabarlah ek..jangan ikutkan sangat..kelak merana diri..dalam menghiasi perjalanan hari ini,malam kian membuatkan manusia bergegas-gegas untuk menyempurnakan tugasan agar dapat pulang ke rumah bagi merehatkan diri..termasuk jugaklah ak yang penat berjalan seharian,betul-betul berjalan untuk menambah penat yang sebahagiannye dari pembelajaran dalam kelas tadi..bila penat..perut pon lapar..isi dulu di sebuah restoran makanan segera..sambil menghayati makanan,gelagat manusia-manusia yang mengejar masa silih berganti di ruangan mata..lantas ak pon cepat-cepat menghabiskan makanan yang ada bagi merasai sendiri bagaimana rasanya mengejar masa..dalam kesibukan itu..tiba-tiba ak terlihat seorang wanita yang agak berusia keluar dari perut LRT,dalam keadaannya yang tidak boleh melihat seperti manusia biasa...manusia-manusia yang ada diselilingnya langsung tidak menghiraukan keadaan wanita buta ini malah ada yang melanggar kerana ingin cepat sampai ke destinasi..ak melihat dari jauh..siapakah yang akan ringan tangan ingin membantu wanita ini,lantas ada seorang wanita yang lebih kurang sebaya memimpin wanita buta tadi untuk menaiki eskulator..ak fikir mungkin kawannya..tapi sangkaan ak meleset sama sekali..wanita buta itu memimpin dirinya sendiri selepas turun dari eskulator..tak sanngup ak melihat wanita itu berjalan tanpa bantuan,hampir-hampir saja wanita itu melanggar tiang yang sangat besar dihadapannya..lantas ak terpanggil untuk membantu..cepat-cepat ak berjalan untuk menyelamatkan wanita itu dari terlanggar tiang..sambil ak memegang tangan wanita itu,terasa seperti ada satu aliran yang membuatkan ak betul-betul terasa sedih..tapi ak gagahi jugak,sambil memimpin tangan wanita itu,ak sempat berbual dengannya..
ak : salam cik,nak kemana ni?
wanita : nak balik rumah dik,baru abis keja..
ak : makcik duduk mana?
wanita : brickfield..
ak : brickfield?..jadi cane lah nak ke sana?
wanita : biasa sy turun kat tempat bas air asia kat bawah k.l sentral ni..
ak : owh..yela..meh saya tolong hantarkan..
wanita : eh,takpelah,sy da biasa balik sendiri..
ak : takpe,sy hantar mkck smpi kt bawah,tadi mkck hampir-hampir nak langgar tiang..risau plak sy..
wanita : terima kasih ye dik..
ak : sama-sama cik,sy tolong apa yang saya mampu je ni..
wanita : ini pun da syukur dik,selalu mkck sorang-sorang je..
ak : takde yang tolong?
wanita : (menarik nafas dalam-dalam)...
ak : lambat mkck blk.. (tukar topik,mungkin mkck ni tak selesa dengan soalan ak tadi)
wanita : aah,lambat ckit arini..
ak : hari-hari jalan kaki dari sini ke brickfield ke?
wanita : aah dik,hari-hari jalan kaki..
(sejujurnya ak tak tahu kat mana brickfield tu,sebab tak penah pegi,jadi ak tk boleh bayangkan betapa jauhnya tempat tu dengan k.l sentral..)
wanita : eh,dik..da smpi bawah da ni,sy boleh balik sorang-sorang..adik balikla..nanti lambat pulak..
ak : (terasa berat nak lepaskan sebab takut jadi apa-apa).
wanita : adik duduk mana?
ak : sunway..
wanita : adik balikla,nanti terlepas pulak komuter..
ak : janji mkck boleh balik sorang-sorang ni?
wanita : (sambil tergelak kecil)..sy da bertahun begini dik,takde apa yang nk dirisaukan..adik balik ye..terima kasih bawa sy sampi sini..jalan balik nanti hati-hati..
ak : insyaAllah cik..assalammualaikum
wanita : waalaikumsalam..
(sambil melepaskan tangan wanita itu,secara tiba-tiba menitis air mata ak,sedihnye yaAllah..macam mana wanita yang tidak sempurna zahirnya boleh begitu kuat menghadapi hari-hari yang penuh kegelapan sedangkan kita yang celik ini kadang-kadang lagi buta untuk menilai erti kemanusiaan.)

berjalan ak sambil menitis air mata,tanpa menghiraukan pandangan orang terhadap ak,seketika ak tersenyum sendirian..sedihkah ak,gembirakah ak..bermacam-macam perasaan yang bermain di mindaku..terfikir ak apakah hikmah yang Allah berikan pada ak sehingga dipertemukan ak dengan manusia yang sangat kuat dan cekal hatinya dalam meneruskan hari-hari yang mendatang..mungkin disini Allah ingin ak berfikir,bagaimana ada umatnya yang diciptakan tidak sesempurna zahirnya boleh tenang dan redha dalam menjalani hidup di atas muka bumi ini,sedangkan ak..insan yang sempurna pada zahirnya mudah merasa putus asa,cepat mengalah dan tidak redha dengan ketentuannya...
YaAllah,terima kasih kerana memberi ak hadiah yang paling bermakna dalam hidup..sesungguhnya air mata ini adalah anugerah yang sangat bernilai untuk ak..semoga ak tabah mengharungi liku-liku perjalanan hidup..ak yakin dengan hikmah pertemuan ini walaupun singkat,tapi ia memberi pengajaran yang sangat berguna sepanjang hidupku..ak bersyukur atas kurniaanmu..kau permudahkanlah perjalanan hamba-hambamu yang juga berkongsi cerita ini denganku..alhamdulillah..amin yarabbal alamin..



No comments:

Post a Comment